Nisfu sya'ban 1445 H  - Sunday , 25 Februari 2024

Amerika Serikat  Salah satu bulan yang memiliki kemulian di kenal dengan bulan Sya'bhan , berdasarkan perhitungan kalender hirjiah yang merujuk pada tulisan ulama muda aceh ( Red - Nanggroe Atjeh )  dan fatwa ulama johor malaysia ( Red - Johor,Malaysia ) malam Nisfu Sya'ban tahun ini jatuh pada Sabtu malam Ahad, malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang istimewa karena dijuluki sebagai malam pengampunan dosa. 


Tarikh Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada hari Sabtu, 24 Februari 2024 (Malam Ahad) Ianya mempunyai kelebihan sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:-


Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:- Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665] 


Telah berkata Imam Al-Syafie Rahimahullah di dalam Kitab Al-Umm Jilid 231/1 yang maksudnya: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam Aidil Adha, malam Aidil Fitri, malam awal bulan Rejab dan malam Nisfu Sya‟ban


Amalan Yang Digalakkan 


Walaupun tiada amalan khusus untuk diamalkan namun umat Islam perlu mengambil peluang diatas kelebihan yang ada dengan memperbanyakkan amal ibadah pada malam tersebut. Sehubungan dengan itu, umat Islam dianjurkan untuk melakukan amalan sebagaimana berikut 


Waktu Maghrib 

  1. Shalat Maghrib 
  2. Wirid dan Doa 
  3. Shalat Hajat dan Doa 
  4. Bacaan Yasin dan Doa Bacaan 
  5. Doa Nisfu Syaaban 
  6. Bacaan Selawat Kamilah

Waktu Isyak 

  1. Shalat Isyak 
  2. Wirid dan Doa 
  3. Bacaan Surah Al-Mulk 
  4. Bacaan Asmaul Husna 
  5. Shalat Malam (Qiamulail) 
  6. Shalat-Shalat Sunat : 

        Shalat Sunat Tahajjud 

        Shalat Sunat Taubat 

        Shalat Sunat Hajat 

        Shalat Sunat Tasbih 

        Shalat Sunat Istikharah 

        Shalat Sunat Witir 


7. Amalan-amalan dan Zikir :

    Membaca Al-Quran

    Membaca Istighfar 

    Membaca Selawat 

    Membaca Tasbih dan Zikir 


SUMBER RUJUKAN Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Agama Islam Negeri Johor Semoga perkongsian tarikh, kelebihan dan panduan amalan bermanfaat buat semua (*** )

1 Comments

  1. Nakeuh cara keu kamoe meujak u amerika untuk medeng imum kadar fatihah dan qulhu seureuta seumeubeut kadar tastafi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post